Selamat Datang

SATAY BAKAR

Suka makan sate, tapi tak suka ada lemak?

Istimewanya sate di Satay Bakar, kami memberi solusi untuk anda yang sangat suka makan sate tapi tidak suka ada lemak. Satay Bakar memberi kepuasan kepada anda untuk menikmati sate ayam dan sate daging tanpa perlu membuang lemak di tengah-tengah. Menariknya , walaupun tanpa lemak, dengan penyelidikan dan pemilihan perapan rempah ratus yang teliti menjadikan sate yang dihasilkan masih mengekalkan rasa sate yang sebenar dan cita rasa sate yang asli. Sate kami tetap juicy, lembut dan tidak muak. Inilah kelebihan Satay Bakar dalam menghasilkan sate tanpa lemak. Selain daripada sate seperti sate ayam, sate daging tenderloin, dan sate kambing, Satay Bakar turut menghasilkan sate untuk golongan vegetarian iaitu sate cendawan.

satay bakar interior

Sejak 2020

Kisah Kami

Bagaimana Satay Bakar bermula

Bermula Februari 2020, Satay Bakar memulakan operasinya dengan membuka kiosk kecil-kecilan di Seksyen 13 dan juga Seksyen 2.Namun kini, Satay Bakar mengorak langkah dengan membuka restoran di Seksyen 13 Shah Alam.

Menu
Kami

Kami menyediakan hidangan sate yang dibuat dari sumber yang halal, premium dan terbaik. Sate kami diperap menggunakan 8 ramuan rempah ratus dan herba.

Sate Pilihan

Berdasarkan maklumbalas daripada pelanggan-pelanggan kami, berikut adalah senarai sate yang menjadi pilihan ramai.
- Sate Ayam
- Sate Daging Tenderloin
- Sate Kambing
- Sate Cendawan

Satay Ayam RM1.40/cucuk

Sate ayam diperbuat dari sumber ayam yang halal dan paling lembut.

RM1.40/cucuk

Satay daging dari bahagian paling lembut iaitu tenderloin/batang pinang.

RM1.90/cucuk
Satay Kambing RM2.50/cucuk

Satay kambing yang menggunakan daging kambing dari New Zealand, pasti sedap.

RM2.50/cucuk

Lokasi Restoran Satay Bakar

Restoran kami berada di tengah-tengah pusat komersial Tadisma Seksyen 13. Hanya beberapa minit sahaja dari Stadium Shah Alam, Aeon Mall, Pusat Akuatik dan lain2. 

Alamat

53, Jalan Badminton 13/29, Seksyen 13, 40100 Shah Alam, Selangor.

Waktu Operasi

Sebarang pertanyaan / tempahan?

Hubungi Kami

Our Latest Updates

Alhamdulillah. Selesai majlis Bakar Live Mengkuang semalam di Penang.Terima kasih banyak Puan Hanees owner @ablissfulcafe Penang kerana percaya dengan sate and service kamiTema cantik sangat untuk majlis grand dinner semalam.Siapa yang nak kami bakar live di lokasi, and garden tema, nak nampak wow, KONSEP CLEAN panggil kami.Satay-fied with every bite.Satay-fied with your need. #mengkuangseksyen13 #takeawayonly #14hingga18disember ... See MoreSee Less
View on Facebook

2 days ago

The Mengkuang Cafe - Satay Bakar Shah Alam
STOP! Jangan scroll dulu! Ada berita penting dari Mengkuang Seksyen 13, gais!Dari 14 hingga 18 Disember, kami HANYA buka untuk TAKEAWAY SAHAJA! TIADA DINE-IN minggu ini. Kami take a break kejap. Maaf sangat!Tapi jangan risau! Sate juicy dan Pasta Gulai Lemak ummppp anda tetap boleh diorder!Pilih je: PICKUP di Seksyen 13, atau DELIVERY (kami guna Lalamove/Grab Express).Whatsapp kami segera untuk buat pesanan! Terima kasih atas sokongan semua!#mengkuangseksyen13 #takeawayonly #14hingga18disember ... See MoreSee Less
View on Facebook

5 days ago

The Mengkuang Cafe - Satay Bakar Shah Alam
Anyone coffee lovers?Jom try Kopi Bakar Series kami. Ada 3 pilihan... Nak klasik, kelapa atau gula apong.Choose your luv one. ❤️ Pssttt.... Janjiii tau.... Jangan bagitau Mad noor... 🫢#kopibakargulaapong #kopibakarsedapshahalam #kopibakarkelapa ... See MoreSee Less
View on Facebook

1 week ago

The Mengkuang Cafe - Satay Bakar Shah Alam
Selain sate, kafe kami ada jugak hidangan Asam Pedas. Antara asam pedas ayam atau asam pedas daging tetel, mana satu pilihan hati awak? 🥰Jemput datang lunch atau dinner ke kafe kami.Waktu operasi kami adalah: Isnin & Selasa: 12 PM - 10 PMRabu: CUTIKhamis - Ahad: 10.30 AM - 10 PM#kafesateshahalam #kafesedapshahalam #CafeShahAlam ... See MoreSee Less
View on Facebook

1 week ago

The Mengkuang Cafe - Satay Bakar Shah Alam
Pasta lemak cili api itik salai in the house.Rasa lemak dan smocky. Perfect for you. ❤️Nak cuba? Jom ke Mengkuang Cafe.#kafeshahalam #kafesedapshahalam #cafeshahalam ... See MoreSee Less
View on Facebook